Monday 12 March 2012

Tips Memilih Saiz Banner Yang Efektif & Murah


Tips Memilih Saiz Banner Yang Efektif & Murah.

Post kali ini saya akan menerangkan berkenaan cara pemilihan saiz banner untuk di gantung. Pemilihan saiz ini penting bagi mereka yang mahu menjimatkan kos dan tidak membazir dalam masa yang sama mahu pengiklanan lebih efektif.  Jika anda memang mempunyai budget yang besar, size tak menjadi masalah. Ada beberapa saiz yang kerap digunakan mengikut kesesuaian tempat:


1. Saiz 3’ x 8’

Saiz ini sesuai untuk digantung dilaluan utama pejalan kaki yang sederhana dan kelompok sasarannya adalah orang yang mesti masuk melalui pintu tersebut.  Juga sesuai digantung ditempat menunggu bas atau premis perniagaan anda.

Contohnya : Maklumat untuk pengetahuan kaki masjid/surau atau kepada staf-staf syarikat atau kaki tangan & pelajar sekolah dan yang sewaktu dengannya. Ianya tidak dapat memberi info kepada orang yang hanya berlalu atau yang memberhentikan kenderaan yang agak jauh.


2. Saiz 4’ x 8’

Saiz ini sesuai  untuk mengiklankan maklumat yang ringkas dan padat dan hebahan yang lebih luas, Tulisan tidak boleh melebihi 3 baris untuk penyampaian lebih efektif. Sesuai di gantung di sekitar kawasan tempat menunggu  seperti di trafik light atau di tepi-tepi jalan 2 lorong. Ia juga biasa digunakan untuk dibawa semasa perarakan seperti maulidurrasul dsb. dengan membuat poket di kanan & kiri banner.


3. Saiz 4’ x 10’ / 4’ x 12’

Saiz ini lebih kurang sama dengan ciri-ciri di atas tetapi kandungan maklumatnya lebih banyak.


4. Saiz 5’ x 10’

Saiz ini adalah saiz yang sangat sesuai untuk membuat pengiklanan yang berkesan dikawasan yang terbuka dan luas seperti di tepi jalan 4 lorong (menghadap 1 laluan). Maklumat yang hendak di hilightkan akan lebih mudah dilihat & menonjol. Tambahan 10’ kepada 12’ –15’ adalah bergantung kepada banyaknya maklumat yang ingin anda sampaikan


5.Saiz  7’–8’ x 12’-15’

Saiz ini adalah sesuai untuk di gantung di tempat yang tinggi seperti jejantas atau tiang yang tinggi.


Nota kaki: (‘ ) adalah symbol bagi kiraan kaki.. Contoh 3’ = 3 kaki.

No comments:

Post a Comment